Aurasma merupakan satu tajuk penting pada minggu ini iaitu sebuah aplikasi yang mampu mengubah corak pembelajaran dengan lebih menarik. Sebelum mengenali dengan lebih mendalam mengenai Aurasma, kami diminta oleh Dr untuk mengisi segala maklumat diri untuk mendaftar sebagai ahli Aurasma. menurut Dr. Fariza, aplikasi ini masih baru dan tidak ramai pelajar yang menggunakkannya. Oleh itu, bagi mengembangkan maklumat menggunakan Aurasma, kami perlu melakukan tugasan berkumpulan dengan pengaplikasiaan Aurasma mengikut tajuk yang diberikan. Antara ahli kumpulan saya ialah Jiran, Norfadzliana, Yusnita dan saya sendiri perlu menyiapkan tugasan bertajuk "Flipped Classroom".
Aurasma ini adalah satu aplikasi gambar yang perlu di scan agar video dapat ditimbulkan diatas skrin telefon. Bagi memudahkan kami menggunakan aurasma, Dr. Fariza mengajar langkah demi langkah cara untuk mengendalikannya. Bagi saya ia tidaklah sukar kerana hanya beberapa langkah sahaja dan mudah caranya. Seterusnya, tajuk yang diberikan perlu juga dihantar melalui laporan dan dilengkapi dengan bahan rujukan. Beberapa contoh laporan telah diedarkan agar kami mengetahui bagaimana laporan tersebut disiapkan. Pengajaran yang menarik pada minggu ini dengan pengenalan kepada aplikasi Aurasma.
0 Comments
|