Minggu ketiga untuk kelas tutorial bersama Dr. Fariza berjalan seperti biasa dengan aktiviti baru iaitu membuat Power Point berkaitan empat penggunaan media untuk pengajaran dan pembelajaran. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut empat media tersebut iaitu poster, video, LCD dan internet. Sebelum memulakan aktiviti berkumpulan, setiap pelajar perlu mencari maklumat terlebih dahulu berkaitan tajuk yang diberikan. Saya bersama Norfadzliana dan Dhiha merupakan satu kumpulan dalam menyiapkan tugasan berkaitan tajuk “Poster”.
Setiap ahli kumpulan memainkan peranan yang penting mengikut tugasan atau bahagian yang telah diberikan. Masa yang diberikan untuk menyiapkan tugasan Power Point secara kreatif ialah selama 20 minit. Aktiviti ini bertamabah menarik apabila Dr. Fariza menawarkan ganjaran hadiah kepada kumpulan yang berjaya membuat perbentangan dengan baik serta kreatif. Biarpun waktu yang diberikan tidak begitu lama, namun tugasan berkaitan “poster” dapat disiapkan dengan baik bersama ahli kumpulan. Ucapan tahniah kepada kumpulan Yusnita, Zuhrah dan Ateh kerana berjaya menawan hati semua penonton dengan pembentangan anda yang bertajuk “video”
0 Comments
|