28 Februari 2017
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,,
Tutorial bagi khusus GE2153 Teknologi Pendidikan telah bermula pada 28 Februari 2017 bertempat di Makmal Komputer 2 Fakulti Pendidikan yang diselia oleh Dr. Fariza Khalid. Pada awal tutorial, kami diberi peluang untuk melakukan satu aktiviti rutin bagi mana-mana kelas tutorial iaitu sesi perkenalan diri. Biarpun saya sudah mengenali rakan-rakan yang lain, namun sesi kali ini bertujuan untuk memperkenalkan diri kepada Dr Fariza. Bagi saya ini merupakan satu aktiviti yang membangkitkan suasana ceria dan ditambahkan lagi sikap mesra Dr. Fariza bersama pelajar.
Seperti biasa, permulaan kelas tutorial buat pertama kalinya akan diterangkan mengenai tugasan bagi khusus ini meliputi kumpulan mahupun induvidu. Bahkan, Dr. Fariza sempat menerangkan serba sedikit berkaitan tugasan individu dan kumpulan seperti Coffee Table Book untuk fotografi, bahan 3D dan menyediakan satu blog. Banyak perkara yang dapat saya perolehi sepanjang kelas tutorial ini biarpun masanya hanya 2 jam sahaja setiap minggu. Antaranya, Dr. Fariza menerangkan tentang kewujudan laman web Academia (https://www.academia.edu/) yang mampu menyediakan pelbagai bahan bacaan, jurnal serta kajian secara menyeluruh. Ini merupakan kali pertama saya mengetahui tentang laman web tersebut dan serba sedikit telah memudahkan saya dalam mencari artikel ataupun jurnal untuk kajian pada masa akan datang.
Seterusnya, tugasan pertama kami ialah mencari satu Blog berkaitan pendidikan yang menarik perhatian, mempunyai keistimewaan tertentu serta menerangkan kelebihan, kekurangan dan cadangan penambahbaikkan. Sebelum tamatnya sesi tutorial pertama, kami diminta untuk membina satu Blog bagi khusus ini dan memasukkan link blog tersebut di (http://www.farizakhalid.com/).