Ini merupakan minggu terakhir kami bersama Dr. Fariza sebagai tutor Teknologi Pendidikan. Maka, berakhirnya minggu in, berakhir juga dua pembentangan pada hari Selasa iaitu Kulit Buku dan BBM 3D. Saya sebagai pembentang kedua telah membuat kulit buku bertemakan “Friendship” manakala BBM 3D (pengurusan diri) pula adalah inspirasi daripada pendidikan khas. Apa yang saya kagum dengan kelas Dr.Fariza ialah, kesemua rakan dan Dr sendiri sangat memberi perhatian dengan pembentangan tersebut. Mereka membuatkan saya tidak berasa gementar, takut atau segan kerana semangat mereka untuk membantu saya. Biarpun masa hanya dua jam sahaja, namun kami semua sempat menghabiskan kesemua pembentangan kerana pada hari Khamis pembentangan untuk kumpulan akan berlansung. Berdasarkan BBM 3D dan kulit buku saya, dr.Fariza memberi beberapa comment positif dn negatif bagi membantu saya mempertingkatkan kemahiran membuatnya.
0 Comments
|