Tutorial pada minggu ini ialah berkaitan Fotografi serta teknik-teknik yang digunakan. Pada kenyataannya ini merupakan kali pertama saya mengetahui secara mendalam berkaitan jenis-jenis atau teknik untuk mengambil gambar dengan berkesan. Hasil gambar yang baik datangnya dari cara yang betul menggunakan kamera. Antara teknik-teknik yang diterangkan oleh Dr. Fariza ialah Depth of Field, Rule of Thirf, Apertures, Shutter, Flat lay dan sebagainya. Selain itu, pembelajaran minggu ini menjadi lebih menarik apabila Dr. Fariza menunjukkan beberapa keping gambar hasil daripada fotografinya. Berdasarkan kepada pembelajaran Fotografi, Dr. Fariza meminta agar kami menyediakan satu buku secara kreatif untuk meletakkan hasil tangkapan gambar untuk kerja induvidu nanti. Sebelum tamat kelas, Dr. Fariza mengucapkan selamat bercuti Mid Sem dan sentiasa menjaga diri semasa di kampung dan jangan lupa untuk siapkan tugasan.
|