Pada minggu ini, masih lagi dengan pembelajaran Augmented Reality iaitu sesuatu gambaran kaku yang boleh menjadi timbul di ruangan telefon pintar. Dr. Fariza meminta kami semua untuk mengambil gambar yang diberikan dan kemudiaanya Scankan pada kertas tersebut. Ternyata, kertas yang hanya berbentuk gambar boleh menimbulkan pelbagai video menarik di atas permukaan telefon. Kaedah ini sangat menarik dan menyeronokan kerana kita dapat mempelajari teknik baru di dalam pengajaran dan pembelajaran. Aurasma merupakan salah satu Augmented Reality dimana ia adalah aplikasi yang wujud setelah di imbas melalui kod atau gambar. Bagi memudahkan semua pelajar dapat melihatnya, Dr.Fariza mengedarkan kertas serta memberi telefonnya kepada kami untuk mengimbasnya. Perasaan saya pada waktu itu ialah teruja dengan perkara baru dan seakan magik. Hanya sekeping gambar, kami mampu membuat video itu timbul dan menarik perhatian. Berdasarkan Aurasma tersebut, Dr.Fariza meminta kami untuk melaksanakan tugasan berkumpulan berdasarkan tajuk yang diberikan
0 Comments
|